Sunday, 1 May 2016

Dilema memilih jurusan sains komputer atau teknologi maklumat?


.
Sains Komputer adalah berkaitan dengan “the study of the principles and use of computers”. Maksudnya, seseorang itu akan mempelajari teori sains yang berkaitan dengan komputer. Olehkerana ia melibatkan teori dan kajian, ia memerlukan asas matematik yang kuat. Prospek bidang ini adalah dalam bidang kajian akademik atau industri pembuatan komputer.
Teknologi maklumat adalah berkaitan “the study or use of systems (especially computers and telecommunications) for storing, retrieving, and sending information”. Maksudnya, seseorang itu akan mempelajari bagaimana sistem berkaitan komputer digunakan untuk menyimpan, mengeluarkan atau menghantar maklumat. Ia memerlukan asas matematik dan logik yang sederhana. Walaubagaimanapun, oleh kerana teknologi maklumat berkembang terlalu pantas, seseorang yang mengambil jurusan ini perlu mempunyai minat untuk meneroka perkembangan terkini dalam bidang ini untuk membolehkannya berdaya saing di alam pekerjaan.
Pengaturcaraan adalah sebahagian daripada dunia komputer. Kedua-dua pengajian Sains Komputer dan Teknologi Maklumat akan mengandungi subjek pengaturcaraan. Bezanya, dalam pengajian Sains Komputer, kebanyakan aktiviti pengaturcaraan lebih tertumpu pada bahasa paras rendah iaitu bahasa yang digunakan untuk mengoperasikan mesin. Bahasa yang digunakan selalunya adalah Bahasa C. Manakala dalam pengajian Teknologi Maklumat, ia bergantung kepada jenis sub pengajian yang dipilih seperti e-Business, Multimedia, Database, Pembangunan Aplikasi Desktop, Pembangunan Aplikasi Web atau Pembangunan Aplikasi Mobile Apps. Setiap sub pengajian mempunyai Bahasa tersendiri, contohnya, Database memerlukan bahasa SQL manakala Pembangunan Aplikasi memerlukan bahasa Java, C# dll dan Multimedia memerlukan bahasa ActionScript atau JavaScript.
Bolehkah seseorang itu mengelak dari bidang pengaturcaraan? Jika dia mengambil jurusan Sains Komputer, dia tidak boleh mengelak dari mengetahui sekurang-kurangnya Bahasa C kerana kita memerlukan Bahasa Pengaturcaraan dalam interaksi Manusia dan Mesin. Jika dia mengambil jurusan Teknologi Maklumat, dia boleh memilih sub pengajian yang kurang melibatkan pengaturcaraan seperti e-Business dan Multimedia.
Bolehkah seseorang itu berjaya dalam pengajian dan kerjaya jika langsung tidak mahir dalam pengaturcaraan? Seperti yang disebut dalam perenggan di atas, dia boleh memlilih pengajian e-Business dan Multimedia yang tidak memerlukan kemahiran pengaturcaraan untuk berjaya. Sebaliknya seseorang itu perlu minat bidang perniagaan untuk berjaya dalam e-Business dan minat dalam penghasilan produk digital kreatif untuk berjaya dalam Multimedia
Lawati www.upskillmalaysia.com untuk tinjau kursus kemahiran terkini untuk meningkatkan daya saing anda.
.