Monday, 2 May 2016

Kunci Kejayaan Di Bidang ICT


.
Apapun bidang yang ingin dipelajari, ada dua perkara dalam diri kita yang akan menentukan kejayaan bagi pilihan kita itu.
Pertama, MINAT. Baca dan fahami tajuk bagi setiap kursus yang kita akan ambil. Tahu apa beza antara tajuk-tajuk kursus dan apa subjek atau modul yang ditawarkan. Setiap pusat pengajian mempunyai kombinasi modul berbeza walaupun nama kursusnya sama. Contohnya Kursus Software Engineering yang ditawarkan di tempat A mungkin mempunyai kombinasi modul yang tidak sama dengan yang ditawarkan di tempat B. Oleh itu, perlu tahu bukan setakat nama kursus bahkan nama modul yang akan dipelajari sekurang-kurangya kita dapat nilaikan samada diri kita meminati modul ini atau tidak.

Kedua, MAMPU. Minat perlu disokong oleh mampu. Contohnya, jika kita meminati bidang animasi, adakah kita mampu duduk di hadapan komputer membuat lakaran 3D dengan penuh terpeinci? atau jika kita meminati bidang web development, adakah kita mampu duduk di hadapan komputer dan menyemak setiap komponen laman web memastikan paparannya seperti yang dikehendaki pengguna? jika kita merasakan diri kita mampu memberikan komitmen kepada keperluan kursus tersebut, maka kita boleh membuat keputusan mengikutinya.

MINAT dan MAMPU hanya berperanan membantu seseorang menyempurnakan pengajiannya. Apabila memasuki alam pekerjaan, dia perlu bersaing dengan ribuan lagi pelajar yang tamat kursus sepertinya. Justeru, dia perlu memiliki kekuatan DAYA SAING untuk menjadikan dirinya bernilai di dalam pasaran pekerjaan. Apa sahaja yang kita belajar di pusat pengajian sebenarnya adalah sebagai asas. Subjek seperti C atau Java tidak cukup untuk memberikan DAYA SAING. Seseorang itu perlu menambahkan lagi ilmu dan kemahiran di mana sahaja untuk memastikan dia antara yang terawal menguasainya dan menjadi rebutan di dalam pasaran pekerjaan.
Lawati www.upskillmalaysia.com untuk tinjau kursus kemahiran terkini untuk meningkatkan daya saing anda.
.