Monday, 11 July 2016

Apakah HRDF dan PSMB?

.

HRDF adalah singkatan kepada Human Resource Development Fund. Dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) yang ditadbir oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia menerusi Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001.

KWPSM ditubuhkan pada 1993 dengan matlamat mewujudkan modal insan berkualiti dan tenaga kerja bertaraf dunia dalam mencapai ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi dalam usaha negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Visi KWPSM adalah untuk menjadi daya penggerak latihan dan pembangunan tenaga kerja di samping Misi untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan tenaga kerja melalui pengurusan kumpulan wang yang efektif. Objektif KWPSM adalah untuk menggalakkan majikan yang diliputi di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja, perantis dan pelatih bagi memenuhi keperluan pelan perniagaan selaras dengan strategi pembangunan negara.

KWPSM meneraju peningkatan kemahiran tenaga kerja Malaysia dengan memberikan 100% kadar bantuan kewangan bermula 1 Januari 2014.
.