Tuesday, 12 July 2016

Siapakah yang layak untuk memohon geran latihan dari HRDF/PSMB?

.
Majikan-majikan yang berdaftar dan / atau diperbadankan di Malaysia, dan telah berdaftar dengan HRDF/PSMB serta membuat bayaran levi pembangunan sumber manusia adalah layak untuk memohon geran latihan (bantuan kewangan) untuk membiayai semua atau sebahagian besar daripada "kos yang dibenarkan" bagi melatih pekerja-pekerja mereka. Latihan yang dijalankan mestilah dalam bidang-bidang yang berfaedah secara langsung kepada operasi perniagaan mereka. Bantuan kewangan tidak diberi kepada individu-individu yang mendaftar diri dan membiayai program latihan mereka sama ada secara penuh atau sebahagian daripadanya dan kemudian memohon kepada majikan untuk ditajakan.

Pelatih-pelatih mestilah terdiri daripada pekerja-pekerja WARGANEGARA MALAYSIA untuk kelayakan mendapat geran latihan.
.