Thursday, 4 August 2016

ASAS SAINS KOMPUTER PERLU UNTUK PELAJAR SEKOLAH

.

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Pelaksanaan dasar mengenai pembelajaran pengaturcaraan komputer dalam kurikulum persekolahan tahun depan diyakini akan menggalakkan pemikiran kognitif dan kreatif aras tinggi di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Dalam dunia teknologi maklumat yang sentiasa berubah, pengajaran subjek Asas Sains Komputer yang menggantikan Program Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi, adalah satu langkah ke hadapan bagi melahirkan generasi yang dapat membangunkan dan menghasilkan sesuatu perkara melalui teknologi IT.

Usaha yang dibangunkan Kementerian Pendidikan dan disokong Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dilihat sebagai satu inisiatif mengaplikasi IT sebagai alat mengajar dan pembelajaran, selaras Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 negara..
My Digital Maker Movement
#MyDigitalMaker
.