Thursday, 11 August 2016

Program pengkomputeran, sains komputer dalam kurikulum 2017


.
PUTRAJAYA 11 Ogos - Modul pengetahuan pengkomputeran dan sains komputer akan diintegrasikan ke dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermula Januari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah tersebut merupakan salah satu agenda yang dipacu oleh Kementerian Pendidikan dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Beliau berkata, integrasi berkenaan akan memberi manfaat kepada 1.2 juta pelajar dari 10,173 sekolah seluruh negara.

Malaysia akan menjadi negara pertama di ASEAN memperkenalkan program tersebut.
"Seramai 9,200 guru sedang menjalani latihan untuk melaksanakan integrasi ini dalam kurikulum baharu menjelang 2017,"katanya ketika berucap melancarkan pergerakan #mydigitalmaker di sini hari ini.

Pergerakan #mydigitalmaker merupakan satu inisiatif dalam mewujudkan sebuah negara pereka digital.

Pergerakan yang merupakan satu kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan sokongan sektor swasta serta ahli akademik itu akan mendedahkan golongan muda kepada aspek kreatif dan inovatif teknologi digital. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/program-pengkomputeran-sains-komputer-dalam-kurikulum-2017-1.369164#sthash.8yuGe5tq.dpuf
.
My Digital Maker Movement
#MyDigitalMaker
.