Saturday, 13 August 2016

Apakah Upskill? Mengapa Upskill?


Apakah maksud upskill? mengapa perlu upskill?

Upskill adalah perkataan dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud meningkatkan (up) kemahiran (skill).

Upskill adalah satu aspek yang penting dalam pembangunan kerjaya seseorang. Apabila berlaku peralihan masa, teknologi, cara hidup dan cara kerja dalam masyarakat, seseorang itu boleh terkena impaknya secara langsung apabila kemahiran sedia ada yang dimilikinya tidak cukup untuk membolehkan dirinya berdaya saing. Maka, dia perlu segera mendapatkan latihan baru agar pengetahuan dan kemahiran baru yang diraihnya dapat meningkatkan semula daya saingnya.

Contoh mudah yang boleh dilihat ialah bagaimana ketika mesin komputer mengambil alih peranan mesin taip di pejabat. Kerja menaip surat yang sebelum ini terhad dan khusus untuk jurutaip sudah teragih kepada semua pekerja lain yang tahu menggunakan mesin komputer. Secara mendadak, peranan jurutaip yang selama ini eksklusif menjadi kurang penting lagi kerana ia boleh digantikan dengan pekerja biasa yang dibekalkan komputer. Pada ketika itu, jurutaip terpaksa meningkatkan kemahiran (upskill) diri mereka dengan kemahiran menggunakan komputer dan perisian seperti Microsoft Office, Word, Excel dan sebagainya. Jika tidak, kerjaya mereka akan terancam di kemudian hari. Dan memang benar, pada hari ini, jarang sekali kita temui jawatan khusus sebagai jurutaip di tempat kerja.